0
Posted in Uncategorized
August 12, 2017

Sifat Sama’ Allah

HURAIAN SIFAT SAMA’

Sifat yang kesebelas daripada sifat-sifat Allah yang wajib kita tahu secara terperinci itu ialah sifat sama’.Sama’ itu ertinya mendengar iaitu satu sifat yang wajib bagi Allah dengannya terang dan nyata bagi Allah tiap – tiap sesuatu samada sesuatu itu bersuara atau tiada.Terang dan nyata sifat sama’ (pendengaran) Allah itu lain dari terang dan nyata sifat ilmu.Pendengaran Allah itu tidak dapat dihalang oleh jauh atau oleh sesuatu penghalang.Bahkan sama sahaja bagi Allah terang dan nyata samada jauh atau dekat , samada ada penghalang atau tidak.Allah mendengar tidak dengan menggunakan anggota atau alat pendengaran seperti telinga dan lain – lain.Pendekata pendengaran Allah itu adalah pendengaran yang hakiki dan maha sempurna.

Lawan sama’ ialah summun ertinya tuli (pekak)
Lawan kepada sifat sama’ itu ialah summun ertinya tuli atau pekak atau yang semakna dengannya seperti Allah mendengar dengan telinga atau pendengaran Allah dapat dihalang oleh penghalang seperti jauh dan sebagainya.Mustahil Allah itu bersifat dengan segala yang demikian itu wajib kita percaya Allah bersifat mendengar dengan pendengaran yang sempurna.

Dalil sama’
Dalil naklinya firman Allah Taala
ﻗﺎﻞ ﻻ ﺘﺧﺎﻔﺎ ﺇﻨﻨﻲ ﻤﻌﻜﻤﺎﺃﺴﻤﻊ ﻭﺃﺮﻯ
Ertinya : Allah berfirman: “Janganlah kamu berdua takut, Sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu berdua; Aku mendengar dan melihat segala-galanya.
Dalil aklinya ialah jika Allah tidak bersifat mendengar nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu pekak.Adalah pekak itu sifat kekurangan.Mustahil Allah itu bersifat kekurangan wajib kita percaya Allah itu bersifat kesempurnaan iaitu mendengar.

Comments & Reviews

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*