Rezeki Kita Dah Ditentukan ?

“Rezeki kita dah ditentukan, kan? Macamana nak tau rezeki kita kat mana? Supaya kita boleh buat benda rezeki tu terus, tak payah susah2 fikir”

Bukan sekali saya ditanya soalan seumpama di atas.

Saya pun pernah terfikir macam tu masa kecik2 dulu. To the extend rasa “Kalaulah seseorang tu dah takdir masuk neraka, buatpe nak suruh2 buat baik lagi?”

Di situlah hikmahnya Allah merahsiakan semua takdir kita tu dari sesiapa pun.

Kenapa?

Sebab Allah nak suruh kita berbaik sangka pada-Nya dan usaha bersungguh2. Bila berjaya, kita tak bangga diri tak tentu hala kerana kita tau itu adalah pemberian Allah. Bila tak berjaya, kita tak kecewa & frust menonggeng coz kita sedar, kita ada Allah & tetap ada harapan.

Bayangkan kalau Allah dah tunjukkan semua takdir kita? Mungkin semua orang pun hidup relaks saja. Nak usaha/doa buat apa lagi kalau dah tahu dah takdir berjaya/gagal?

Tapi takdir tak bekerja begitu. Allah suruh kita usaha bersungguh2, berharap pada-Nya sungguh2 & lapang dada atas apa keputusan yg datang.

Kalau malas, tak payah cakap pasal takdir.

kredit:lyna noh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.