0
Posted in Uncategorized
August 3, 2017

Rahsia Minyak Ikan Yang Ramai Tak Tahu

PERATUSAN OMEGA-3 DALAM MINYAK IKAN

Saya ingat lagi tahun lepas, Ainul Fadzilah Mustafa ada ujian untuk meluluskan beliau sebagai certified product trainer. Ye ujian ni dilakukan untuk melayakkan Ainul lulus dan boleh dapat sijil tersebut. Jadi salah satu tugas penting ialah membuat pembentangan produk kepada pakar nutrisi yang ada. Selama 3 minit, boleh tak kita bercakap tentang sesuatu produk.

Saya masih ingat lagi, masa tuh maryam pun tak sampai setahun lagi, jadi sebab saya nak hantar wife saya ke Hotel Subang tuh, kami sempat berbincang, macam mana nak buat yang terbaik, apa kelebihan minyak ikan itu dan ini. Sampai satu masa saya belek nota yang ada, saya terperasan satu data yang menarik, perbandingan minyak ikan yang ada dipasaran. Oh macam mana nak cakap, takkan nak cakap satu-satu, kalau kita baca satu-satu, tentu sekali takyah buat pembentangan, baik suruh penilai tuh baca je apa yang ada kat depan.

Oh tetiba saya tertengok, dan cuba fahamkan, oh rupanya, minyak ikan dan omega 3 ni ada beza rupanya. Sebenarnya nak ukur kualiti minyak ikan terbaik ialah dengan formula peratusan omega-3 dalam minyak ikan tersebut. Tengok gambar di bawah, siap dengan pengiraan berapa banyak sebenarnya omega-3 yang ada dalam minyak ikan tersebut. Omega 3 ni adalah gabungan EPA dan DHA tersebut. Itulah kandungan sebenar yang berguna kepada kita. Jadi nak mudahkan anda nak tahu, anda boleh buat pengiraan yang mudah

% Omega 3 = 100% x(EPA+DHA)/(JUMLAH MINYAK IKAN)

Nampak tak formula nih sangat berguna kepada saya. Ada dua kes yang membuatkan saya begitu yakin dengan ilmu ini. Pada satu malam, bila saya nak temankan wife nak cod herbal blend kepada pasangan petronas, saya teruja sebab husband dia nih jaga kesihatan. Jadi saya ni suka kongsi ilmu, saya ambil minyak ikan dia, dan ajar dia buat perkiraan, dan cuba bandingkan dengan produk lain. Alhamdulillah dia pun seronok dengan ilmu baru itu.

Oklah, sebab nak bagi korang faham, apa kata korang cuba pulak buat calculation nih :

Kasim berjalan-jalan ternampak seorang gadis ayu menjual minyak ikan. Gadis itu menyatakan, kandungan minyak ikannya adalah 1500mg, kandungan EPA 540mg dan kandungan DHA 360mg. Kira peratusan omega-3 produk ini. Jawapan boleh diselitkan dalam komen.

Oh kat HQ ada bengkel sihat tip top, sebagai kelayakan nak dapat certified product trainer. All the best untuk Adilah Manaf Celikvitamin, Zeti Hafiza Zakaria, dan Haridah Sahri MamaAlya. Semoga sukses

#tsunamishaklee
#hunt2shaklee
#peratusanomega3

Comments & Reviews

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*