0
Posted in Uncategorized
August 12, 2017

Kenapa Allah Asyik Sebut Bani Israel Dalam Quran ?

Refleksi Bani Israel

Kenapa dalam al-Quran banyak seruan kepada Bani Israel?

Sedangkan kitab al-Quran utk seluruh umat Nabi Muhammad, bukan utk Bani Israel.

Sebenarnya ayat2 Quran ttg Bani Israel dan perintah2 Allah kpd Bani Israel adalah satu cermin kepada kita, umat Nabi Muhammad utk muhasabah.

Tidak seperti kaum ‘Ad, kaum Tsamud, etc yg tidak beriman, Bani Israel adalah orang2 yg pernah diturunkan kitab kepadanya & beriman dgn Nabi-Nabi sebelumnya.

Bani Israel yg merupakan ummah Muslimin pada zamannya, tp semakin lama semakin #mereput dan akhirnya menjadi golongan yg menderhaka.

Itulah mesej Allah kepada kita di sebalik cerita2 ttg Bani Israel. Didetailkan ttg bagaimana respon2 mereka terhadap dakwah para Nabi sewaktu itu, sikap mereka dan sebagainya.

Tidak lain tidak bukan menjadi cermin kpd kita umat hari ini agar tidak melakukan perkara yg sama.

Ia pengajaran dari kisah benar yg sgt dekat dgn kita.

Justeru walaupun ayat2nya berbunyi يا بَنِي إِسْرَائِيلَ tp sebenarnya dituju kepada kita.

Bacalah ayat2 ttg Bani Israel & terjemahannya. Mudah-mudahan kita mendapat pengajaran dan dilindungi dari sifat derhaka. #mohonjanganmereput

#celikQuran

Comments & Reviews

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*